Sunday, August 17, 2014

Upgrade Diri & Ilmu


Assalammualaikum.

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak.
Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau kita dengar tentang ilmu. Ilmu adalah cahaya, Ilmu penyuluh hidup, nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga dengan ilmu.
Ilmu membina kualiti minda dan emosi serta kualiti keputusan dan tindakan seseorang dengan izinNya.
Minda jutawan adalah tahap ilmu dan kefahaman yang diperlukan oleh seseorang untuk membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasi minda tetapi meningkatkan kuasa emosi.
Apa yang anda fikirkan adalah satu doa dan minda manusia adalah ibarat ladang subur yang jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus akan "tumbuh" hasilnya di dalam kehidupan realiti.
Thought become things. Anda boleh "upgrade" minda anda dengan banyak cara antaranya:-
1. Membaca banyak kisah mereka yang berjaya dan jutawan - Ini salah satu cara untuk anda "meniru" gaya pemikiran mereka supaya anda dapat tingkatkan kualiti gaya hidup dan kewangan anda.
2. Bergaul dengan mereka yang berjaya dan jutawan untuk satu waktu yang lama dan belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi dengan anda.
3. Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.
4. Trial and Error.

Kuasai minda anda dan anda akan kuasai hidup anda dan segala aspek tentang hidup anda seperti kewangan, perhubungan, kejayaan, keberkatan dan lain-lain lagi.
Insha Allah ianya dikatakan 10 kali ganda lebih luar biasa dari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Ianya bukan setakat teori atau konsep ilmu tetapi sesi yang sangat praktikal.

No comments: