Sunday, August 17, 2014

Upgrade Diri & Ilmu


Assalammualaikum.

Ramai orang mudah lupa. Lupa yang hidupnya mula berubah bila mereka mula ada peningkatan ilmu dan konsisten bertindak.
Ilmu merubah hidup manusia. Banyak disebut atau kita dengar tentang ilmu. Ilmu adalah cahaya, Ilmu penyuluh hidup, nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga dengan ilmu.
Ilmu membina kualiti minda dan emosi serta kualiti keputusan dan tindakan seseorang dengan izinNya.
Minda jutawan adalah tahap ilmu dan kefahaman yang diperlukan oleh seseorang untuk membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasi minda tetapi meningkatkan kuasa emosi.
Apa yang anda fikirkan adalah satu doa dan minda manusia adalah ibarat ladang subur yang jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus akan "tumbuh" hasilnya di dalam kehidupan realiti.
Thought become things. Anda boleh "upgrade" minda anda dengan banyak cara antaranya:-
1. Membaca banyak kisah mereka yang berjaya dan jutawan - Ini salah satu cara untuk anda "meniru" gaya pemikiran mereka supaya anda dapat tingkatkan kualiti gaya hidup dan kewangan anda.
2. Bergaul dengan mereka yang berjaya dan jutawan untuk satu waktu yang lama dan belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi dengan anda.
3. Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.
4. Trial and Error.

Kuasai minda anda dan anda akan kuasai hidup anda dan segala aspek tentang hidup anda seperti kewangan, perhubungan, kejayaan, keberkatan dan lain-lain lagi.
Insha Allah ianya dikatakan 10 kali ganda lebih luar biasa dari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Ianya bukan setakat teori atau konsep ilmu tetapi sesi yang sangat praktikal.

Life is under control

Assalammualaikum and hi to all.

today is lazy sunday and suddenly i would like to write about life. seperti yang kita tahu. bila kita membesar, lepas dari spm, cikgu, parents, and org sekeliling suruh sambung belajar, lepas diploma sambung degree, lepas  tu kerja GOV. haa kenapa kerja gov? sbb gov jamin masa depan, gov ada duit pencen, gov senang nak cuti. swasta pulak?---- lepastu. "org dduk putrajaya mesti kaya" well, tyra tak nafikannya. most people dduk putrajaya mmg berduit. iya betu,l sbb jaminan diorng kerja gov kebanyakannya. tapi perasan tak yg kita sebenarnya dah mencipta satu undang2 di mana semua orang WAJIB sambung belajar lepas spm, WAJIB kerja bwh kerajaan. kita belajar teruk2, kerja teruk2 sebab nak bayar balik pada golongan atasan yg dipanggil golongan pemerintah. ok wait kalau x percaya tgk bdk2 yg tak smbung belajar, habis kena kutuk ngn jiran oiii. disebabkan Undang2 tu kita semua seperti lembu yang kena tarik. ikut sahaja flow tanpa membantah. "lepas kerja ada kewangan kukuh baru boleh kahwin" this is so malaysian people do.

bukan kata tak suka jd org malaysia ni. tapi hakikatnya yg kita kena tempuh selama bertahun2. org akan merendah rendah kan or yg tak smbung belajar ni. seolah olah mereka ni sgt tidak berpelajaran. siapa tahu apa yg mereka buat? mereka belajar berdasarkn pengalaman, dan tak semua belar pandai2 4flat ni bagus sgt mcm dia tahu semua perkara. dia hanya pro pada course yg dia ambil.

lets say when people working compare student politeknik and unversiti. "eh budak universiti lagi bagus lah apa lah cemerlang dekan setiap sem fuyo" and "alah budak lepasan politeknik je pun, apa lah sgt. sng nak dpt dekan kan" ok then cuba suruh budak U ni buat kerja banding pulak dgn budak poli. kami di politeknik lebih diajar secara praktikal dr hanya belajar untuk lisan shj. lepasan dip politeknik lagi bagus brbnding universiti. kenapa? mereka dah di ajar "praktikal" dr sem4. ada ke bila kerja dia suruh kau jawab "what meaning of business" (huraikan 10m) ha x de kan.

Belajar untuk exam atau belajar utk gunakan ilmu sepanjang hayat? perkara ni yg org sgt x ambil berat. mostly student selalu mcm ni lepas exam . wah bukan main lagi "lupuskan apa yg dah baca" bukan nak ckp apa la sbb tyra pun mcm tu. ternyata belajar adalah utk exam, mengejar dekan setiap sem supaya x perlu bayar ptptn kemudian dpt peluang kerja cerah. dan belajar bukan untuk gunakan ilmu sepanjang masa. betul?

disini tyra ingin mengatakan bahawa sememangnya pelajaran itu penting utk masa depan yg cerah walaubagaimana pun kita tak perlu ikut undang2 yg kita sndiri bina utk kepentingan msa hadapan. belajar tu bagus, tp bukan utk kerja bwh org. kita juga boleh membina satu empayar baru dimana org lain berkerja dibawah kita. next post i'll teach about how to upgrade diri dan ilmu ,menggunakan ilmu yg kita belajar supaya menjadi minda jutawan. tak perlu kerja bwah orang teruk2. tak perlu meredah traffic jam semata2 nak pergi kerja, hanya goyang kaki dan menunggu duit masuk dalam bank. dengan keuntungan pasif. kehidupan masa tua terjamin. dengan hanya sedikit ilmu dan usaha. anda akan menjdi org yg berjaya. kita sama2 cuba utk tingkatkn diri, dan perbaiki diri supaya menjadi lebih baik dan baik.
inshaAllah


Thursday, March 6, 2014

Pinjaman peribadi Aslah-i


Pinjaman peribadi Aslah-i

Assalammualaikum dan salam sejahtera. seperti biasa tyra masih dalam mood praktikal. last week cik wawa ada mintak tyra design banner untuk iklah al-aslah sebab nak masukkan iklan dalam surat khabar. so ni lah hasil penat lelah memerah idea. hasil biasa sahaja tapi tyra rasa puass hati sangat sebab ini semua hasil usaha sendiri duk godek2 dengan psd je. selain dr tu, byk jugk design lain yg tyra pernah buat. antaranya design untuk frame di depan bilik meeting, design katalog coop1m, design brochure an sebagainya... Alhamdulillah semua berjalan lancar dan yg paling penting org suka hasil kerja kita. tu dah bersyukur sangat.

okay actually banner ni belu di iklankan lagi dalam surat khabar. so tyra saja la nak promot sikit kat u'alls. sesiapa nak buat pinjaman peribadi boleh call nombor yang tertera dalam gambar tu kayy! good. now i've another job to do. wahhhhh next week tyra update lagi pasal pergi majlis Anugerah Ketua Jabatan (dekan) pulak. I'm soo excited! Alhamdulillah bersyukur sangat , awal2 dah mintak cuti kat HR sbb nak hadir majlis ni. hihi lama dah tak jejak poli sejak praktikal nihh. ok got to go! 
Assalammualaikum & selamat petangggg ^___^